JAKARTA – Ani Yudhoyono, isteri Presiden Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meninggal dunia di National University Hospital Singapura hari ini akibat kanser darah. Ani, 66, dilapor menghembus nafas terakhir jam 11.50 pagi waktu Singapura, menurut media Indonesia, yang memetik kenyataan pegawai khas SBY yang berada di hospital itu. Beliau menjalani rawatan penyakit kanser darah di hospital itu sejak Februari lepas. Dilahirkan pada 6 Jun 1952, Ani menjadi wanita pertama…










