Bekas wakil NSTP Melaka maut nahas - Utusan Malaysia

Bekas wakil NSTP Melaka maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Bekas wakil akhbar New Straits Times negeri ini, Jason Gerald John meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabas dan merempuh pokok di Lebuh Ayer Keroh, selepas keluar Plaza Tol Ayer Keroh di sini awal pagi ini.

JASON GERALD JOHN
JASON GERALD JOHN 

Mendiang yang berusia 43 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, S. Krisa, 37, yang memandu kereta jenis Proton Persona turut mengalami kecederaan.

Difahamkan nahas berlaku ketika mendiang yang menghidap penyakit diabetes dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Ozana di sini selepas menerima rawatan di ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dan menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, ketika kejadian ketika kereta dinaiki pasangan itu baru keluar dari plaza tol menghala ke arah pusat bandar.

“Sebanyak lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zainudin Abdullah bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 2.57 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta itu selepas terlanggar pokok. Penumpang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Mendiang Jason mula menyertai syarikat New Straits Times Press (NSTP) sejak tahun 1996 dan berkhidmat sebagai wakil akhbar berbahasa Inggeris itu di Melaka pada tahun 2007 hingga 2017.

Beliau menghidap diabetes sejak 10 tahun lalu dan terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kirinya pada Ogos tahun lalu.

Menurut adiknya, Jose, ketika kejadian mendiang bersama isteri baru pulang dari Puchong, Selangor ke Melaka selepas menjalani rawatan bagi penyakit dihidapinya.

“Saya dimaklumkan abang saya masih hidup selepas kemalangan itu dan dia ditarik keluar oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini