Bekas duta bidas Mujahid - Utusan Malaysia

Bekas duta bidas Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bekas duta dan diplomat veteran, Dennis Ignatius menyelar sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof kerana menghina rakyat Malaysia yang prihatin terhadap hak asasi dan maruah manusia masyarakat Islam Uighur di China.

Memetik portal Free Malaysia Today (FMT), Dennis berkata, kenyataan dan ucapan menteri itu dilihat seolah-olah menghalalkan tindakan Beijing menahan ribuan umat Islam Uighur di dalam kem yang kononnya menjadi ‘pusat latihan dan vokasional.’

Menurut bekas duta besar Malaysia ke Kanada itu, apa yang berlaku di Xinjiang adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi seorang menteri Malaysia Baharu membenarkan dirinya digunakan dalam usaha China menutup jenayah mereka,” tulisnya dalam kolum terkini di FMT.

Dennis menambah, Mujahid beria-ia memuji ‘pusat latihan dan vokasional’ China terhadap Uighur selepas melakukan ‘lawatan berpandu’ kem tersebut.

“Dan bagaimana mereka menjalankan aktiviti ‘latihan perindustrian’ dan mengajar pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas undang-undang, seni dan gubahan bunga. Bolehkah seseorang itu menjadi terlalu lurus?” soalnya.

Mujahid sebelum ini berkongsi di Facebook tentang lawatannya ke sebuah kem yang menurut Beijing adalah “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur”, penduduk Islam di wilayah Xinjiang yang berdepan pelbagai sekatan terhadap kebebasan budaya dan agama yang dikenakan parti komunis China. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini