SAYA amat kecewa baru-baru ini terhadap tindakan politik murahan sebuah parti politik yang ‘memperli’ seorang tokoh politik lain dengan mempersoalkan kelayakan jawatan Perdana Menteri Malaysia bagi seorang ‘bekas banduan’. Bagi saya bukan sahaja implikasi kenyataan ini memperlekehkan seorang tokoh yang telah sengsara selama lebih satu dekad meringkuk dalam penjara atas tuduhan yang ramai sifatkan sebagai mainan politik tidak bertanggungjawab, tetapi kenyataan ini juga semacam mencerca bekas-bekas banduan yang lain. Mengikut…










