Bekalan air pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR -Bekalan air di kesemua  kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih dan mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk agensi-agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Persatuan penduduk yang telah menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan. 

“Air Selangor komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan akan sentiasa berusaha untuk meminimakan gangguan bekalan air kepada pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama pelanggan amatlah dihargai dan pihak kami menyeru agar semua pengguna dapat bersama-sama menjaga sumber air kita dan menggunakan air dengan berhemah,” katanya dalam kenyataan akhbar pagi ini.

Muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk info bekalan air .-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini