KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menggesa orang ramai menjelaskan bil cukai taksiran sebelum tempoh akhir bayaran iaitu 31 Ogos ini.
Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 129,170 bil cukai taksiran yang bernilai RM 47.4 juta untuk penggal kedua tahun 2019.
“Bagi memudahkan orang ramai, kaunter bayaran di ibu pejabat dan cawangan Rawang akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang Ogos ini.
“Selain itu, orang ramai juga boleh menjelaskan bayaran cukai taksiran melalui pelbagai kemudahan seperti di kaunter-kaunter pihak berkuasa tempatan seluruh Selangor, menggunakan kioks elektronik, cawangan bank terpilih atau perbankan internet. – UTUSAN ONLINE.











