JOHOR BAHRU – Belum pun lega daripada krisis pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lepas, penduduk Pasir Gudang diuji lagi dengan insiden pencemaran udara sejak 20 Jun lepas yang sehingga kini belum diketahui puncanya. Berdasar aduan mangsa, bau busuk yang melampau menyebabkan mereka mengalami simptom sesak nafas dan muntah, dan aduan itu ada asasnya apabila bau itu turut menangkap hidung wartawan dan jurugambar Bernama yang membuat tinjauan di…










