ISTANBUL – Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin maut manakala 30 lagi cedera apabila seorang pemandu bas mini merempuh sebuah kedai berdekatan sempadan Greece. Menurut laporan media tempatan, pemandu berkenaan diarahkan berhenti oleh pegawai keselamatan namun ingkar lalu memecut laju bas terbabit sebelum merempuh kedai tersebut. Status kerakyatan kesemua pendatang asing tersebut masih belum diketahui. – AFP










