Barty kini pemain No. 1 dunia - Utusan Malaysia

Barty kini pemain No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM – Ashleigh Barty berkata, ia seperti yang berada di alam lain untuk menjadi pemain Australia kedua menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia, setelah dia merangkul gelaran WTA di Birmingham dengan menewaskan Julia Goerges 6-3, 7-5 pada final, hari ini.

Juara Terbuka Perancis berusia 23 tahun itu mengikut jejak langkah Yvonne Goolagong Cawley yang pernah berada di kedudukan No. 1 dunia selama dua minggu pada 1976.

Barty, menjadi pemain Australia pertama memenangi Terbuka Perancis sejak Margaret Court berbuat demikian pada 1973. Pemain itu merampas kedudukan Naomi Osaka dari Jepun selaku pemain tenis wanita No. 1 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Barty berkata, untuk bergelar pemain No. 1 dunia adalah impian semasa zaman kanak-kanaknya, walaupun tahun ini, dia dan pasukannya hanya mensasarkan kedudukan 10 terbaik dunia.

“Maksud saya, anda sentiasa mengimpikan kejayaan ini sejak kecil lagi, tetapi untuk melihatnya menjadi realiti ia sesuatu yang luar biasa. Saya seolah-olah berada di alam yang berbeza. Kami bermula dari bawah tanpa ranking dan kini berada di mana saya sekarang, bukan hanya saya, malah pencapaian ini cukup besar buat mereka (pasukan) juga,” kata Barty. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini