CHITTAGONG – Ribuan nelayan berhimpun bagi membantah larangan penangkapan ikan selama dua bulan di teluk Bengal.
Perhimpunan melibatkan 3,000 peserta itu berlangsung aman tetapi mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk.
Penunjuk perasaan dilaporkan bersurai selepas ahli parlimen tempatan berjanji untuk memberi bantuan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Larangan tersebut dikeluarkan kerajaan Bangladesh bagi mengurangkan risiko sumber ikan di perairan berkenaan.
Namun, nelayan tempatan mendakwa pendapatan mereka akan terjejas sekiranya larangan itu diteruskan.
Larangan itu berkuatkuasa antara 20 Mei hingga 23 Julai tahun ini.- AFP











