Bank Dunia, India meterai perjanjian RM1.7 bilion basmi Tibi - Utusan Malaysia

Bank Dunia, India meterai perjanjian RM1.7 bilion basmi Tibi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Bank Dunia dan India telah menandatangani perjanjian pinjaman AS$400 juta (RM1.7 bilion) untuk membasmi tuberkulosis (Tibi) atau batuk kering, yang meragut nyawa setengah juta orang di negara itu setiap tahun.

Skim Bank Dunia untuk membasmi batuk kering itu akan membantu pelan kebangsaan kerajaan India untuk membasmi penyakit berkenaan pada 2025.

“Ia akan berbuat demikian dengan membantu untuk menambah baik dan memperkukuh diagnostik dan pengurusan rintangan-ubat tuberkulosis dan meningkatkan kapasiti institusi awam yang terbabit dalam memantau dan merawat TB di negara itu,” kata mereka dalam kenyataan bersama pada Khamis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pinjaman daripada Bank Antarabangsa untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) itu mempunyai tempoh matang 19 tahun, termasuk tempoh tambahan lima tahun.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Sameer Kumar Khare, setiausaha bahagian di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Kementerian Kewangan India dan pemangku pengarah negara Bank Dunia Shanker Lal. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini