SEREMBAN – Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi kira-kira 35 keluarga di Taman Sri Penaga 2, Sikamat di sini terjejas selepas kawasan perumahan itu dilanda banjir kilat petang semalam. Banjir berlaku kira-kira pukul 5.30 petang selepas hujan lebat lebih satu jam menyebabkan air lumpur memasuki rumah penduduk di Jalan 14, 16 dan 19 di perumahan itu. Menurut Pengerusi penduduk taman perumahan tersebut, Razal Mansor, ini merupakan banjir kilat kali kedua…










