PHNOM PENH 24 Jun – Usaha mengeluarkan mayat daripada sebuah bangunan tujuh tingkat yang runtuh di Sihanoukville dekat sini diteruskan hari ini ketika angka korban meningkat kepada 24 orang.
Namun tiada mangsa terselamat dipercayai masih hidup di bawah sisa runtuhan bangunan milik China tersebut.
“Kami tidak menjangkakan ada mangsa yang terselamat,” kata seorang tentera yang tidak mahu namanya didedahkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pegawai kerajaan wilayah Preah Sihanouk meletakkan angka kematian kepada 24 orang sama dengan mangsa yang cedera. – AFP











