KOTA BHARU – Ketupat Cina atau ‘bakchang’ serta kura-kura merah menjadi antara juadah yang menarik perhatian tetamu pada Majlis Mesra Aidilfitri anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di sini hari ini. Pengusaha makanan tradisional Cina, Nur Lisa Hoo, 54, berkata, dia bersama adiknya, Cindy Mysara Hoo, 51, mengambil masa tiga jam untuk merebus bakchang yang menggunakan beras…










