ALOR SETAR – Saat-saat terakhir Ramadan tahun ini memberi sepenuh keceriaan kepada 20 orang murid sekolah rendah di Daerah Bandar Baharu, dekat sini apabila menerima baju raya baharu. Mereka yang dibawa menaiki bas untuk memilih sendiri pakaian diingini teruja sebaik sahaja menjejakkan kaki ke gedung tekstil, Jakel di sini. Kanak-kanak yang terdiri daripada golongan asnaf di daerah itu dibantu kakitangan Jakel dan ahli keluarga masing-masing untuk mencuba pakaian raya baharu. Menurut Urusetia Program, Farrawahida Mohamad Sa’aid, kesemua murid tersebut terpilih menyertai Program Sumbangan Baju Raya Jakel di gedung Alor Setar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya