Kebelakangan ini, saya perhatikan ramai yang menginginkan gigi yang putih seputih kertas A4, berkilat bagaikan kaca digilap dan berbentuk sempurna rapat tersusun. Dengan kata lain berusaha mendapatkan gigi yang sempurna ini dilihat seperti trend yang menjadi euforia rakyat Malaysia ketika ini. Jika sebelum ini, trend gigi taring comel seperti diamalkan oleh masyarakat Jepun dan Korea di samping menindik lidah menjadi ikutan, terkini veneer gigi (memasang lapisan putih) menjadi kegilaan. Trend…










