KESAN perang saudara di sesebuah negara sebenarnya jauh lebih dahsyat berbanding bencana alam. Pergolakan sedemikian bukan hanya meruntuhkan sosioekonomi negara, bahkan turut memberi kesan kepada negara sekitar. Antaranya, limpahan migrasi penduduk negara bergolak itu menyebabkan jirannya terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengendalikan pelarian perang tersebut. Keadaan menjadi lebih buruk apabila negara jiran itu turut tidak stabil dari segi sosioekonomi. Contohnya keadaan yang dihadapi oleh Somaliland yang terletak dalam wilayah Somalia,…










