Bahagian Bersatu Perak capai sasaran lebih 10 cawangan - Utusan Malaysia

Bahagian Bersatu Perak capai sasaran lebih 10 cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK – Kesemua 22 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak telah memiliki sekurang-kurangnya 10 cawangan di setiap bahagian di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jumlah itu memenuhi saranan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pucukpimpinan di peringkat bahagian dapat mewujudkan lebih banyak cawangan parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Perak berkata, sehingga kini pihaknya masih menerima permohonan beberapa kumpulan yang mahu membukacawangan parti itu di kawasan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyambut baik apa yang diarahkan oleh Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan kita telah pun memulakan usaha itu (mewujudkancawangan parti).

“Sehingga hari ini, semua bahagian di negeri ini telah pun mempunyai sekurang-kurangnya 10 cawangan dan terdapat bahagian yang mempunyai puluhan cawangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kem Jati Diri Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Zon Utara 2019 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD),Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tanjong Tualang di sini hari ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Jerantut, Pahang semalam dilaporkan berkata, pucuk pimpinan bahagianBersatu diminta berusaha dan tidak bimbang untuk menubuhkan cawangan di bahagian masing-masing.

Menurut Muhyiddin, setiap bahagian perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 cawangan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai Bersatu dan terlibat aktif dalam parti tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini