Bacaan oksigen Pasir Gudang 21.2 ppm - Utusan Malaysia

Bacaan oksigen Pasir Gudang 21.2 ppm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pemantauan awal terhadap kualiti udara di Pasar Gudang, Johor mendapati bacaan parameter karbon monoksida (CO), hydrogen sulfida (H2S) dan volatile organic compounds (VOC) adalah sifar manakala oksigen pula adalah 21.2 ppm.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam kenyataan memaklumkan, pemantauan itu dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) iaitu unit khas di bawah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

“Pihak JAS sedang meneruskan pemantauan kualiti udara dalam radius dua kilometer daripada sekolah yang bermula pada malam semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bilik gerakan pemantauan juga telah dibuka di Stadium Perbadanan Pasir Gudang dan skop pemantauan akan diperluaskan dari masa ke masa,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, kementerian juga memaklumkan, pihaknya menerusi JAS telah mengambil tindakan dengan mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Johor bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berhubung kes pelajar sekolah sesak nafas seperti yang dilaporkan tersebut.

Menurut kenyataan kementerian lagi, jawatankuasa tersebut dianggotai Jabatan Kimia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendidikan Daerah dan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid dengan mesyuarat pertama telah berlangsung pada malam semalam.

Kenyataan sama juga memaklumkan, Jawatankuasa Penyelarasan Saintifik juga akan diaktifkan bertujuan untuk menyelaraskan analisis saintifik berkenaan isu tersebut.

Dalam kejadian itu berlaku, sebanyak 29 mangsa termasuk 27 pelajar daripada Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 terpaksa menerima rawatan setelah mengalami gejala sesak nafas yang dipercayai terhidu udara tercemar semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini