BA100 bantu ringan beban pengguna - Utusan Malaysia

BA100 bantu ringan beban pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Inisiatif Program Barang Asas 100 (BA100) yang dipelopori Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa)  membantu mengurangkan harga produk barangan asas seperti minyak masak dan gula secara purata empat peratus lebih murah berbanding pasaran semasa.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya semalam bersetuju menjadikan program BA100 itu  sebagai platform untuk memasarkan produk-produk yang menjadi barangan keperluan utama rakyat.

Beliau berkata, pengenalan sistem BA100 mengurangkan penglibatan orang tengah sekali gus merendahkan harga barangan keperluan seterusnya membantu meringankan beban pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi sistem ini, Angkasa menjadi perantara yang bermakna peranan atau jumlah orang tengah dalam pengedaran barang ke outlet terakhir dapat dikurangkan.

“Sudah tentu kita dapat mengurangkan kos dan inilah cara kita membantu supaya harga barangan keperluan rakyat dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa Pahang Zon 1 di sebuah hotel d sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini