Azmin tidak bodoh lakukan seks sejenis - PM - Utusan Malaysia

Azmin tidak bodoh lakukan seks sejenis – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin tidak bodoh untuk melakukan perbuatan seks sejenis.

Perdana Menteri berkata, Timbalan Presiden PKR itu juga tidak bodoh untuk merakam video dan gambar perbuatan tidak senonoh itu.

“Saya tak fikir dia sebodoh itu untuk buat seperti itu dan merakamkannya dan dalam gambar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tegas Dr. Mahathir, beliau percaya dakwaan yang dilemparkan kepada Mohamed Azmin itu merupakan cubaan untuk memerangkapnya.

Atas sebab itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggesa supaya seluruh masyarakat menolak berita palsu.

“Saya fikir ada yang cuba perangkap dia dengan kehebatan elektronik masa kini, anda boleh tunjuk macam-macam gambar yang mungkin betul atau tidak.

“Sebab itu kita perlu tolak berita palsu. Kita mesti bertindak ke atas mana-mana berita palsu,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, Mohamed Azmin juga tidak perlu meletak jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi susulan tuduhan penglibatannya dalam sebuah video seks sejenis itu.

Kata beliau, bukanlah menjadi amalan kerajaan Malaysia untuk mendesak mana-mana menteri Kabinet meletak jawatan apabila timbul sebarang isu yang berbangkit.

“Tak perlu untuk beliau (Mohamed Azmin) letak jawatan, di negara lain memang akan ada lakukan sesuatu seperti kapal terbang terhempas maka ada menteri letak jawatan atau bunuh diri, tapi itu bukan cara kita,” katanya.

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini