Azmin sudah beri keterangan - peguam - Utusan Malaysia

Azmin sudah beri keterangan – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberikan keterangan kepada polis berhubung siasatan penularan video intim yang didakwa mirip dengan dirinya baru-baru ini, semalam.

Peguamnya, N. Surendran berkata, pihaknya telah dihubungi Polis Diraja Malaysia pada Ahad untuk datang memberikan keterangan untuk membantu siasatan kes terbabit.

“Kita percaya pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan teliti dan mengambil tindakan terhadap pelakunya mengikut lunas undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Video palsu tersebut direka bermotifkan serangan politik dan berniat jahat untuk memfitnah seterusnya menjatuhkan Azmin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Surendran, pelaku yang menyebarkan video palsu tersebut mempunyai akses kepada data peribadi ahli parti, peralatan yang canggih serta agenda politik yang jelas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini