KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan tuduhan seks sejenis menyerahkan kepada peguamnya untuk bertindak ke atas dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.
“Ikutlah apa yang peguam kata,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) anjuran Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR diminta mengulas kenyataan peguamnya, N. Surendran berikutan cabaran Haziq.
Semalam, Haziq yang mengaku sebagai pelaku dalam klip video seks songsang sebelum ini mencabar Mohamed Azmin mengheretnya ke mahkamah berikutan dakwaannya membabitkan Ahli Parlimen Gombak itu yang juga Timbalan Presiden PKR diminta mengulas kenyataan peguamnya, N. Surendran berikutan cabaran Haziq.- UTUSAN ONLINE











