KUALA LUMPUR – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-34 yang akan diadakan pada Sabtu ini. Azih yang akan menamatkan perkhidmatan dengan CUEPACS pada akhir tahun ini berkata, beliau akan menggunakan pengalamannya sepanjang perkhidmatan bersama kesatuan penjawat awam itu untuk membantu kepemimpinan Angkasa. Beliau malah berkata, pihaknya…










