LONDON – Serge Aurier mencetuskan rasa kebimbangan terhadap Tottenham selepas dia terpaksa dikeluarkan ketika beraksi bersama Ivory Coast dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika yang berkesudahan tumpas 0-1 kepada Maghribi. Kapten Ivory Coast antara pemain yang kerap direhatkan selepas menerima pelbagai kecederaan pada musim lalu antaranya di betis, pangkal paha dan hamstring. “Saya fikir mungkin perjuangan saya akan berakhir bersama pasukan,” kata pertahanan kanan itu tanpa memperincikan tahap kecederaannya. – AGENSI










