PARIS – Biarpun dikritik kerana tidak menunjukkan belas kasihan ketika membelasah Thailand 13-0 dalam aksi pembukaan, namun Amerika Syarikat (AS) sedikitpun tidak memperlahankan rentak ketika menentang Chile pada perlawanan kedua Piala Dunia Wanita, hari ini. Juara bertahan itu merehatkan sebahagian besar tonggak seperti bintang penyerang, Alex Morgan dan Megan Rapinoe, namun masih terlalu kuat buat Chile apabila menang 3-0. Bekas Pemain Terbaik Dunia, Carli Llyod meledak dua gol manakala Julie Ertz menambah satu lagi jaringan bagi memasikan AS terus mengungguli Kumpulan F dengan enam mata. Ketika menentang Thailand, AS menguasai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya