AS lancar serangan siber 
ke atas Iran - Utusan Malaysia

AS lancar serangan siber 
ke atas Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 23 Jun – Serangan siber agresif terhadap Iran dilaporkan melumpuhkan sistem komputer yang mengawal pelancaran misil ketika Pre­siden Amerika Syarikat (AS) Do­nald Trump membatalkan serangan tentera, Khamis lalu.

Lapor RT News yang memetik Washington Post, Trump meluluskan sera­ngan siber terhadap Pengawal Revolusi Iran meskipun sera­ngan dibuat selepas Teheran menembak jatuh dron AS.

Menurut sumber yang mengetahui tentang sera­ngan itu, operasi terbabit telah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…
DONALD TRUMP
DONALD TRUMP 

Serangan itu dijalankan Pemerintah Siber AS dengan koordinasi Pemerintah Pusat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ketenteraan di Asia Barat.

Presiden Donald Trump sebelum ini menghentikan tindakan ketenteraan hanya pada saat akhir kerana res­pons tidak setimpal dengan kemusnahan dron AS di Selat Hormuz.

Sementara itu, Trump menyatakan AS akan me­ngenakan sekatan baharu le­bih besar terhadap Iran esok.

Bagaimanapun, tindakan ketenteraan masih menjadi antara pilihan Amerika termasuk ancaman sekatan.

“Kami sedang meletakkan sekatan tambahan lebih besar ke atas Iran Isnin,” ciap Trump.

Trump dilapor menetapkan jadual untuk langkah ekonomi punitif bagi memberi lebih tekanan kepada Iran yang telah terkesan daripada sekatan sejak Presiden itu menarik diri daripada perjanjian nuklear antarabangsa dengan Teheran.

Dalam pada itu, Trump mendakwa, beliau akan menjadi ‘rakan baik’ Iran ketika Teheran boleh menjadi ‘kaya’ jika negara itu menghapuskan senjata nuklear milik mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini