PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan dua bot penumpang di perairan negeri ini dekat sini kira-kira pukul 4 petang semalam. Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata, bot terbabit ditahan anggota APMM yang membuat rondaan rutin di kedudukan 0.1 dan 0.7 batu nautika barat pantai Telok Kemang. “Pemeriksaan mendapati salah sebuah bot telah beroperasi dengan lesen yang tamat tempoh,…










