ALOR SETAR – Penghujung Ramadan yang berbaki dua hari lagi tidak menghalang sekumpulan anak muda dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan, AOR Youth meraikan penerima zakat dengan mengagihkan makanan dan duit raya kepada golongan itu. Pengerusi AOR Youth, Muhammad Faqrul Asyraf berkata, seramai 20 sukarelawan berusia lingkungan 14 hingga 25 tahun meluangkan masa dalam program Get Together Ramadan 2019 (GTR 2019) yang diadakan di sekitar Masjid Zahir, di sini.…










