KUALA LUMPUR – Dua anak syarikat tidak langsung Sime Darby Plantation Bhd. menjual seluruh kepentingan ekuiti mereka dalam PT Mitra Austral Sejahtera kepada PT Inti Nusa Sejahtera dengan nilai RM123.1 juta. Dua anak syarikat itu ialah PT Ladangrumpun Suburabadi dan PT Teguh Sempurna. Sime Darby Plantation dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penjualan tersebut dijangka tidak memberi sebarang kesan kepada pendapatan, aset bersih disatukan dan tahap kadar hutang disatukan bagi…










