KUBANG PASU – Tradisi memasang pelita sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja menyemarakkan lagi kemeriahan menyambut perayaan itu. Bahkan usaha itu menterjemahkan semangat anak muda di Kampung Sungai Petani, Changlun, di sini menghidupkan amalan berkenaan dengan berganding bahu memasang lebih 500 pelita sepanjang dua kilometer di jalan utama kampung tersebut. Bermula dengan mencari buluh untuk dijadikan tiang pelita, mereka juga membahagi tugas termasuk mengutip wang dari setiap rumah penduduk…










