Amira cabar atlet muda perbaharui rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Amira cabar atlet muda perbaharui rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemegang rekod kebangsaan acara lompat kijang wanita, Noor Amira Mohamad Nafiah mencabar atlet muda negara agar memperbaharui catatan 13.90 meter (m) yang dilakukannya pada 2012.

Noor Amira yang kini bertugas bersama Institut Sukan Negara (ISN) selepas bersara sebagai atlet berkata, dia tidak kisah andai ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut, malah, akan tumpang gembira dengan kejayaan itu.

“Saya percaya dengan kemampuan atlet muda yang ada. Cuma mereka perlu mempamerkan peningkatan positif menjelang Sukan SEA 2019, malah, saya percaya ada antara atlet muda negara yang berupaya memecahkan rekod kebangsaan milik saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara yang saya lihat berpotensi menyerlah ialah seperti R. Kirthana, begitu juga Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki yang perlu sentiasa konsisten dalam setiap aksi,” katanya.

Sepanjang bergelar atlet, Noor Amira turut mencipta kecemerlangan dalam acara lompat jauh yang menyaksikan rekod kebangsaan masih kekal miliknya. Ketika ini rekod kebangsaan lompat jauh wanita ialah 6.29m dilakukan oleh Noor Amira sewaktu kejohanan Asia di Wuhan, China pada 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini