Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengambil alih empat syarikat tol di Lembah Kelang yang mampu membantu mengurangkan bebanan caj tol yang ditanggung oleh rakyat. Pemuda Amanah Nasional ingin mengulas kenyataan saudara Senator Khairul Azwan Harun yang menimbulkan persoalan pemilihan tol yang sudah hampir tamat konsesi untuk diambil alih oleh kerajaan. Kenyataan ini sebenarnya adalah agak menghairankan memandangkan keempat-empat syarikat tol tersebut masih mempunyai tempoh konsesi…










