Allan ganti Casemiro di suku akhir - Utusan Malaysia

Allan ganti Casemiro di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Tite mengesahkan bahawa Allan akan menggantikan Casemiro di bahagian tengah pada aksi suku akhir Copa America menentang Paraguay.

Casemiro digantung satu perlawanan selepas meraih kad kuning kedua dalam saingan kumpulan ketika mereka menundukkan Peru 5-0.

Fernandinho adalah satu lagi pilihan Tite namun pemain Manchester City itu masih bergelut dengan kecederaan lutut dan Allan merupakan pilihan terbaik untuk aksi di Porto Alegre.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fernandinho tidak dapat bermain. Allan akan beraksi.

“Jika kami menang dan layak, mungkin Fernandinho akan beraksi dalam perlawanan berikutnya. Ketika ini keadaannya tidak cukup baik untuk beraksi,” kata Tite.

Paraguay memiliki rekod empat perlawanan tanpa kalah ketika menentang Brazil di Copa America dan dua perlawanan terakhir memaksa kedua-dua pasukan menentukan kemaraan menerusi penentuan penalti.

“Mental perlu kuat kerana ini adalah perlawanan penentuan.

“Fokus tinggi diperlukan dan pemain perlu bersedia dengan situasi berbeza,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini