Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini - Utusan Malaysia

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 10.30 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik hanya perlahan enam kilometer sebelum masuk ke Terowong Genting Sempah hala timur,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini