KUALA LUMPUR – Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke hospital. Kata Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, bagaimanapun keadaannya sudah semakin pulih. “Insya-Allah, saya okey. Pagi tadi (semalam) selepas subuh, saya sedikit sesak nafas. Kuat juga sebenarnya. “Sampai saya tiada pilihan lain kena pergi hospital. Jadi sekarang masih lagi di hospital. “Terlalu penat bekerja sampai jadi macam ini. Rehat…










