KUALA LUMPUR – Akhbar-akhbar Malaysia dan Indonesia mampu bekerjasama untuk berkembang di peringkat serantau serta bersaing dengan nama-nama besar terutama dalam mendedahkan peluang ekonomi dan menarik pelaburan. Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) yang baharu, Abdul Rashid Yusof berkata, kerjasama itu mampu menawarkan pelbagai kelebihan kedua-dua negara dalam satu media secara sinergistik untuk kemudahan pelabur. “Ia boleh berupa akhbar atau majalah berita, analisis, laporan khas merangkumi bidang ekonomi, perniagaan,…










