KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd. (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) daripada ‘berkubur.’ Menurut wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin, AirAsia juga telah memiliki satu elemen menyamai MAB iaitu cabang penerbangan jarak jauh, AirAsia X Bhd. “Mereka ada pengalaman itu kerana memiliki AirAsia X yang melakukan penerbangan jauh sehingga ke Jeddah serta destinasi lain seperti Jepun,…










