Ainul kuat, sudah sedar - Utusan Malaysia

Ainul kuat, sudah sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Ainul sudah sedar, Alhamdulillah”.

Itu merupakan berita gembira yang disampaikan bapa kepada bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak semalam.

Ahmad Safiuddin meluahkan rasa syukur selepas Ainul Mardhiah, 9 bulan, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di London, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga berkongsi wajah anak sulungnya itu yang sudah tidak lagi memiliki ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan keadaan Ainul betul-betul stabil sebelum dipindahkan semula ke dalam wad biasa.

“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya semua,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, semalam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini