KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz, semalam.
Mereka dijangka bakal disatukan sebagai suami dan isteri pada tarikh 13 Disember depan.
Keluarga kedua-dua belah pihak telah sepakat menetapkan tarikh pernikahan pasangan tersebut pada 13 Disember.
Popular menerusi siri Kekasih Paksa Rela, Ain mengikat tali pertunagan dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur.
Majlis resepsi akan diadakan sehari sejurus pasangan itu dinikahkan iaitu pada 14 Disember manakala kenduri kahwin bagi menyambut menantu dijangkakan seminggu selepasnya.
Terdahulu, Ain mula mengenali Amirul menerusi laman Instagram kira-kira setahun lalu. – K! ONLINE











