Aidilfitri: LAP sedia pelan kecemasan - Utusan Malaysia

Aidilfitri: LAP sedia pelan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) menyediakan pelan kecemasan untuk memastikan bekalan air bersih dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut kenyataan LAP, pelan kontingensi itu merangkumi pelan tindakan sekiranya berlaku keadaan bekalan air di luar kawalan dengan jangkaan permintaan di luar bandar akan meningkat.

“LAP akan sentiasa memantau sistem bekalan air serta memastikan loji rawatan air beroperasi dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permintaan bekalan air di kawasan luar bandar dijangka meningkat disebabkan ramai yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri,” demikian menurut kenyataan LAP di sini.

LAP menasihati pengguna agar menggunakan air secara berhemat serta mengelakkan pembaziran.

Sebarang maklumat mengenai status bekalan air boleh diperoleh melalui laman sesawang www.lap.com.my; Twitter @laptwitts; Facebook Lembaga Air Perak ADMIN atau menghubungi talian pusat aduan 15353/1800887788. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini