Ahli Majlis Zon 21 sumbang set meja batu kepada 4 sekolah - Utusan Malaysia

Ahli Majlis Zon 21 sumbang set meja batu kepada 4 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR -Selaras dengan moto #SejahteraCeriaZon21 Ahli Majlis Zon 21, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Khairul Azhari Saut mengambil inisiatif mengadakan Program Keceriaan Sekolah 2019@Zon 21 dengan menyumbang sebuah set meja batu kepada semua sekolah yang berada di zon tersebut.

“Program ini adalah salah satu aktiviti Ahli Majlis ZON21 MHDS dalam menceriakan kawasan sekolah yang terdapat di Zon 21.

“ Sumbangan ini juga adalah manifestasi komitmen MDHS dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Hulu Selangor termasuk sekolah dan melalui inisiatif ini ia diharap dapat membantu pihak sekolah mewujudkan persekitaran yang kondusif, sejahtera dan ceria,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan set meja batu kepada wakil empat buah sekolah berkenaan di sini.

Empat buah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1, SK Taman Bunga Raya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya.

Menurut beliau lagi, program ini juga sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada sekolah yang merupakan institusi penting dan berperanan secara langsung dalam usaha melahirkan modal insan yang bakal menentukan masa depan negara.


“Sekolah adalah institusi penting yang menjadi medan untuk membentuk generasi masa depan negara. Jadi sewajarnya kita semua turut sama membantu pihak sekolah dalam melaksanakan peranan mereka.

“Diharapkan lebih banyak pihak tampil untuk sama-sama membantu pihak sekolah khususnya dalam usaha kita mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan kondusif setiap pelajar berasa seronok sepanjang berada di sekolah,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×