PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkesempatan turun mencemar duli memberi bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di sini. Menerusi hantaran terbaharu dalam akaun Instagram istana_negara, Seri Paduka keluar daripada kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, Jasliza Jamil. “Alhamdulillah pemandu kenderaan terbabit, Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius. “Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB…










