Agong bantu mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Agong bantu mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkesempatan turun mencemar duli memberi bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di sini.

Menurut hantaran terbaharu dalam akaun Instagram istana_negara, Seri Paduka turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa iaitu Jasliza Jamil.

“Alhamdulillah pemandu kenderaan terbabit, Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku,” maklum akaun Instagram itu hari ini.

Akaun Instagram itu juga memaparkan tiga keping gambar Al-Sultan Abdullah yang mencemar duli untuk turun menyaksikan keadaan mangsa kemalangan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini