Agensi teknologi diteliti elak pertindihan tugas - Utusan Malaysia

Agensi teknologi diteliti elak pertindihan tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meneliti semula semua agensi berkaitan teknologi bagi mengelakkan sebarang pertindihan fungsi dan perkhidmatan.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap pengguna dalam mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan industri tersebut.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dalam usaha kerajaan memacu negara lebih terkehadapan dalam industri teknologi sekali gus membina ekosistem mampan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menerima banyak aduan daripada orang ramai yang terpaksa berurusan dengan banyak agensi dan lebih memenatkan apabila agensi yang ditemui itu tidak dapat memenuhi permintaan disebabkan bidang tugas yang berbeza.

“Sebab itu kita tubuhkan Majlis Dasar Inovasi Malaysia (MIPC) pada tahun lalu yang

menjadi platform bagi sektor swasta mendapatkan khidmat nasihat, kemudahan dan penyelarasan antara industri serta mencadangkan dasar atau peraturan yang berkaitan untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Malaysia Tech Week 2019 (MTW19) di Connexion, Bangsar South di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

MTW19 yang diadakan selama lima hari itu menampilkan pelbagai pemain industri teknologi dan inovasi bagi berkongsi idea mengenai rancangan masa hadapan dalam industri itu.

Antara agensi terlibat adalah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cradle Fund Sdn. Bhd., U Mobile Sdn. Bhd. dan MDEC. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini