ADUN Hulu Kinta edar makanan sahur kepada polis - Utusan Malaysia

ADUN Hulu Kinta edar makanan sahur kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sebanyak 100 bungkus makanan untuk bersahur diagihkan kepada anggota polis yang bertugas pada waktu malam di lima buah balai di sini pagi tadi.

Dalam program Singgah Sahur itu, balai polis yang terlibat ialah Balai Polis Khantan Baru, Balai Polis Chemor, Balai

Polis Tanah Hitam, Balai Polis Tanjung Rambutan dan Balai Polis Tambun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, selain menyerahkan bungkusan makanan itu kepada anggota polis, pihaknya turut mengagihkan ia kepada pekerja di kedai serbaneka 24 jam.

Katanya, program yang masuk kali kedua dianjurkan itu kemudiannya diakhiri dengan bersahur bersama pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

“Program Singgah Sahur ini masuk tahun kedua dianjurkan setelah saya menjadi wakil rakyat di DUN Hulu Kinta. Pada program ini, ia turut melibatkan kerjasama pimpinan wanita dan pemuda PKR serta cabang dalam menyediakan juadah sahur.

“Penyerahan juadah untuk bersahur yang diagihkan kepada anggota polis ini adalah bagi meraikan mereka yang berkhidmat dengan penuh komitmen tanpa mengira waktu untuk

menjaga keamanan dan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Muhamad Arafat, beliau menyasarkan untuk menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan dalam usaha mendekatkan diri dengan anggota keselamatan.

“Sebagai wakil rakyat, saya mahu meraikan dan memberi keutamaan kepada mereka kerana ada dalam kalangan pegawai dan anggota ini yang tidak dapat bercuti raya hanya untuk

bertugas.

“Itulah pengorbanan mereka demi kebaikan rakyat yang sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan oleh kita sendiri. Saya berharap dengan sumbangan kecil ini dapat meraikan

mereka,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini