Adib: Tiada keperluan tubuh RCI - Utusan Malaysia

Adib: Tiada keperluan tubuh RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tiada keperluan bagi kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, buat masa ini prosiding inkues kematian anggota bomba itu sudah mencukupi malah berjalan dengan baik.

“Saya rasa tidak perlu (RCI) kerana kes berjalan dengan baik setakat ini dan kita hanya tunggu keputusan prosiding koroner nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga akan buat susulan dengan Peguam Negara hari ini bagi mengetahui senarai nama peguam yang akan mewakili kementerian dan bomba pada prosiding akan datang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Jalinan Mesra berasama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini hari ini.

Semalam Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi kes kematian Muhammad Adib.

Ibrahim memberi alasan inkues yang sedang berlangsung mencetuskan keraguan ekoran dua saksi utama membuat laporan polis mendakwa diugut pihak tertentu manakala peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menarik diri atas arahan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, beliau akan menyemak senarai nama peguam yang akan mewakili kementeriannya serta bomba dengan Tommy berikutan prosiding inkues Muhammad Adib akan disambung Rabu ini.

“Inkues Muhammad Adib akan bersambung Rabu ini dan saya masih belum dapat maklum balas daripada Peguam Negara mengenai peguam yang akan mewakili kementerian dan bomba,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini