ALOR SETAR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob mempersoalkan sama ada prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang telah berlangsung sejak lebih tiga bulan lalu tidak sah dari sudut perundangan negara. SURAYA YAACOB Suraya berkata, hal itu berikutan alasan yang diberi Peguam Negara, Tommy Thomas kononnya wujud elemen ‘konflik kepentingan’ dalam pelantikan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan…










