KEPUTUSAN penganjur Sukan SEA 2019 di Filipina enggan menyenaraikan acara berbasikal trek gara-gara tidak memiliki velodrom di negara mereka telah menyebabkan sukan itu berdepan kemungkinan tidak dianjurkan lagi pada edisi akan datang. Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill melahirkan rasa bimbangnya mengenai tuan rumah Sukan SEA akan datang mungkin mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan sukan itu apabila tidak mampu menyediakan velodrom. Tegas beliau, mana-mana negara yang berhasrat untuk menganjurkan temasya dwitahunan tersebut perlu membina dan menyediakan velodrom memandangkan sukan dua roda itu merupakan acara wajib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya