Abang Botak bebas hukuman penjara - Utusan Malaysia

Abang Botak bebas hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Danial Tan Abdullah atau lebih dikenali Abang Botak dalam kalangan netizen bebas daripada hukuman penjara Jumaat lalu selepas mahkamah membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu.

Keputusan itu dibuat Majistret Nur Shahira Abdul Salim dan menetapkan RM6,000 sebagai jaminan.

Difahamkan, Danial memfailkan permohonan semakan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Danial melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali setiap bulan.

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Danial yang bekerja sebagai pekerja stor atas kesalahan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta Perodua Axia menggunakan topi keledar bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini